Anda di sini

Tabung Bencana Banjir SPDP dapat sambutan

Advertisement

BINTULU: Pelbagai pihak terus memberi maklum balas positif dengan menyumbang melalui Tabung Bencana Banjir Parti Demokratif Progresif Sarawak (SPDP) yang dilancarkan sejak 30 Disember tahun lepas dalam usaha meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Antara menyumbang ialah HCN Engineering Sdn Bhd yangtelah menyumbang RM10,000. Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pengarahnya Austin Sigi kepada Presiden SPDP merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu semalam.

Jumlah sumbangan yang diterima tabung itu dalam bentuk tunai setakat ini adalah mencecah RM550,000 dan kutipan sumbangan yang disasarkan adalah berjumlah RM1 juta.

Sementara itu, Tiong mengingatkan agar masya-rakat tidak membangkitkan isu perkauman, bangsa atau fahaman sekiranya ingin membantu mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

“Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, isu berkaitan seharusnya tidak timbul. Masyarakat seluruhnya wajar memelihara keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum yang ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, tarikh kutipan sumbangan melalui tabung itu dilanjutkan sehingga 11 Januari ini dan Tiong akan menyerahkan semua sumbangan itu kepada jawatankuasa bencana pada 12 atau 13 Januari akan datang.

Advertisement