Anda di sini

PRS ‘intai’ beberapa kerusi DUN baharu di luar bandar

Advertisement

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) ‘mengintai’ beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di kawasan luar bandar kerana yakin mempunyai kelebihan di situ dan mampu memenanginya untuk Barisan Nasional (BN).

Presidennya Tan Sri James Jemut Masing bagaimanapun berkata, terpulang kepada pucuk kepimpinan BN menentukan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen dan PRS akan akur dengan keputusan dibuat nanti.

“PRS mengintai kerusi di kawasan luar bandar, kami mempunyai kekuatan di situ dan boleh memenanginya untuk BN. Bagi PRS ia bukan permainan melibatkan angka semata-mata, kita hanya meminta kerusi yang boleh kita menangi.

“Berapa banyak dan di mana, terpulang kepada kepimpinan BN menentukannya. Bagaimanapun, kita sudah memikirkan kerusi yang parti mempunyai pe-luang cerah cuma buat masa ini ia bukan untuk pengetahuan umum,” ujarnya.

Masing yang juga Menteri Kanan Negeri dan Menteri Kemajuan Tanah dalam pada itu berharap Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) akan memberi maklumat terperinci mengenai persempadanan semula kawasan DUN kepada semua parti politik dalam waktu terdekat.

“Saya belum melihat dengan terperinci persempadanan 11 kawasan (DUN) baharu ini, oleh itu saya tidak boleh mengulas lanjut. Sebaik kami dimaklumkan mengenai persempadanan sebenar, saya akan memberi komen se-           lanjutnya.

“DUN telah meluluskan resolusi untuk menambah 11 lagi kawasan DUN dan SPR mematuhi keputusan DUN itu. Jadi, secara prinsipnya saya bersetuju dengan cada-ngan SPR itu,” ujar beliau yang juga ADUN Baleh.

Ketika ini, PRS memiliki lapan kerusi DUN iaitu Balai Ringin, Batang Ai, Bukit Begunan, Ngemah, Kakus, Pelagus, Belaga, Tamin dan Baleh.

Masing berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan SPR menambah 11 kerusi DUN iaitu Batu Kitang (N.13), Stakan (N.17), Serumbu (N.18), Triboh (N.23), Gedong (N.26), Kabong (N.40), Tellian (N.57), Selirik (N.63), Murum (N.66), Samalaju (N.70) dan Long Lama (N.78).

Sementara itu, Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng dalam laman sosialnya memberitahu parti itu juga ‘menuntut’ Selirik.

“Dengan persempadanan semula ini yang menyaksikan 11 kerusi baharu (DUN), Pelagus kini dibahagikan kepada dua kerusi, Pelagus dengan 8,394 pengundi dan Selirik 10,560 pengundi.

“Melihat kepada saiz peta Selirik, nampaknya ia adalah kawasan bandar (dalam bandar Kapit). Jadi SWP akan bertanding di kedua-dua kerusi dalam Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

Bernama semalam memetik Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai berkata pengesyoran itu dibuat selaras dengan pindaan Undang-Undang Dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang berkuat kuasa pada 5 Disember 2014.

SPR mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian menjadi jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian.

“Bagi maksud Kajian Semula Persempadanan Baha-gian-Bahagian Pilihan Raya ini juga, terdapat pindaan nama kepada Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri,” kata-nya dalam satu kenyataan.

Abdul Ghani menjelas-kan butiran terperinci syor yang dicadangkan akan dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang akan disiarkan nanti.

“SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak selama sebulan bermula 5 Januari (Isnin) hingga 4 Februari 2015 (Rabu) di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 5 Januari.

“Jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih yang telah diperakukan dan diwartakan pada 30 April 2014 digunakan sebagai asas dalam penyediaan syor Kajian Semula Persempadanan ini,” kata Abdul Ghani.

Beliau berkata, satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta peta Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak juga akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai.

Advertisement