Anda di sini

Nelayan asing ceroboh ditahan

Advertisement

KEJAYAAN: Hariani melihat hasil laut yang ditangkap secara haram.

KUCHING: Aktiviti menangkap hasil laut secara haram yang dilakukan nelayan asing berjaya dihidu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuching (DM11) selepas menerima maklumat daripada pemancing tempatan.

Dalam operasi tersebut, APMM DM11 menahan dua vesel nelayan asing dipercayai dari Vietnam yang menceroboh perairan Sarawak pada 1 Januari lepas, selain dua tekong dan 25 awak-awak.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kuching Komander Maritim Hariani Mahmod, dua vesel dengan nombor pendaftaran KG.94518.TS dan KG.94519.TS ditahan pada kedudukan 24.6 batu nautika dari Tanjung Sipang.

“Setelah ditahan dan diperiksa, dua vesel ini didapati membawa lebih kurang 7,000kg hasil tangkapan ikan dipercayai ditangkap di kawasan perairan negara dengan menggunakan jenis pukat ganding yang diharamkan.

“Anggaran jumlah hasil yang dirampas adalah sekitar RM31,560,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua tekong dan awak-awak kini ditahan reman bagi tujuan siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan jika didapati bersalah, vesel akan disita dan kesemua tekong serta awak-awak dikenakan denda masing-masing tid-ak melebihi RM1 juta dan RM10,000 setiap seorang,” ujarnya.

Hariani menjelaskan, tangkapan tersebut adalah kejayaan pertama APMM DM11 pada tahun ini dalam usaha membasmi aktiviti penangkapan hasil laut secara haram oleh vesel asing.

“Tindakan ini (menang-kap hasil laut secara haram) yang dilakukan vesel asing amat merugikan negara,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama dari-pada semua pihak untuk melaporkan sebarang aktiviti melanggar undang-undang di laut kepada APMM DM11 secara terus.

“Jika ada sebarang maklu-mat hubungi ‘hotline’ Pusat Operasi Maritim DM11 di talian 082-432544 atau MERS (999) untuk tindakan segera,” jelasnya.

Advertisement