Anda di sini

Wanita Singapura dipenjara 10 tahun menipu Rashid Hussain RM7 juta

Advertisement

Guna dokumen palsu tipu bekas pengasas Kumpulan RHB, lima tahun lalu

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura semalam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan dokumen palsu dan menipu bekas pengasas Kumpulan RHB Tan Sri Abdul Ra-shid Hussain membabitkan kerugian RM7 juta, lima tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan Sharida Abdul Majid, 50, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata keterangan wanita itu bahawa wang yang diberi kepadanya adalah sebagai perjanjian persahabatan dan bukan pelaburan, adalah tidak berasas.

“Sehubungan itu, mah-kamah menolak keseluruhan keterangan pembelaan tertuduh dan mendapati tertuduh bersalah serta disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan,” katanya.

Sharida didakwa menggunakan dua keping bil tunai High Motivations Sdn Bhd bertarikh 28 Sept 2009 yang palsu di Aras 6, Bangunan B, Peremba Square, Saujana Resort di sini di antara 2 Okt 2009 dan 26 Okt 2009.

Bagi kesalahan itu, Hakim Slamat memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun.

Wanita itu juga didakwa memperdayakan Abdul Rashid, 68, untuk mempercayai bahawa dia mendapat satu kontrak bernilai kira-kira B$8 juta (Brunei Dollar) (RM18.9 juta) dan menawarkan tokoh korporat itu untuk turut serta dalam pelaksanaan kontrak ber-kenaan.

Tindakan Sharida itu mendorong Abdul Rashid me-      nyerahkan wang sebanyak RM7 juta melalui tiga cek Standard Chartered Bank sebagai bahagian penyertaan beliau di dalam kontrak itu.

Tertuduh yang juga ibu tunggal kepada empat anak didakwa melakukan kesalahan itu di antara September 2009 dan 13 Nov 2009 di tempat sama.

Bagi kesalahan itu, mah-kamah memerintahkan Sha-rida dipenjara lima tahun. Hakim Slamat memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman secara serentak berkuat kuasa semalam.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan Sharida untuk menangguh pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Hakim Slamat turut menaikkan jaminan ke atas Sha-rida daripada RM500,000 kepada RM1 juta dan meme-rintahkannya menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah selain melapor diri di balai polis terdekat pada 1 haribulan setiap bulan.

Seramai 16 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhaida Zainal Azahar manakala Sharida diwakili pe-guam Sangeet Kaur dan Zaleha Al-Hayat. — Bernama

Advertisement