Anda di sini

Pekebun maut dilanggar

Advertisement

MATI: Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menutup mayat mangsa setelah mengesahkan lelaki tersebut mati di tempat kejadian.

SEDIH: Ahli keluarganya gagal mengawal perasaan setelah menyedari mangsa sudah meninggal dunia.

 

Oleh Sandy Mark Luna //

KOTA SAMARAHAN: Hasrat bapa kepada dua anak untuk meneruskan rutin harian dengan melawat kebun tidak kesampaian apabila dia menemui ajal setelah dilanggar kenderaan pacuan empat roda, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi di Kilometer 13 Jalan Datuk Mohd Musa di sini, mangsa yang dikenal pasti sebagai Liu Poh, 59, yang berjalan kaki mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pemandu pikap Isuzu Dmax berusia 31 tahun yang difahamkan menuju ke Kota Sentosa, Batu Tujuh, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu gagal mengawal kenderaan lalu mengakibatkannya terbabas ke bahu jalan dan melanggar mangsa.

“Mangsa cedera parah di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika mengesahkan insiden tersebut.

Siasatan masih diteruskan. Mangsa meninggalkan seorang balu dan dua anak yang sudah dewasa.

Advertisement