Anda di sini

Lori kargo sarat muatan besi, ikan terbabas

Advertisement

TERBABAS: Lori kargo sarat muatan besi dan ikan terbalik berhampiran persimpangan Jalan Kesa Baron, Sarikei awal pagi semalam.

SARIKEI: Sebuah lori kargo sarat dengan muatan besi dan ikan terbabas berhampiran persimpangan Jalan Kesa Baron di sini awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2 pagi ketika lori terbabit dalam perjalanan dari Miri menuju ke Kuching.

“Berdasarkan siasatan awal dan keterangan pemandu lori terbabit, kemalangan itu berlaku akibat hilang kawalan semasa pemanduan dan menyebabkan lori yang sarat dengan muatan itu terbabas ke laluan sebelah kiri.

“Akibat kemalangan itu pemandu dan kelindan lori terbabit hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Semua muatan seperti besi dan ikan yang dibawa lori terbabit bertaburan di tepi jalan.

Keadaan tersebut menyebabkan beberapa penduduk setempat serta para pengguna jalan raya mengambil kesempatan mengutip ikan-ikan yang bertaburan itu.

Menurut polis, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Advertisement