Anda di sini

31 laras senjata api tiruan dirampas

Advertisement

Sniper Raifel dirampas dari kereta suspek, 30 laras senjata lain di rumahnya

KOTA KINABALU: Sebanyak 31 laras senjata api tiruan pelbagai jenis dirampas daripada seorang lelaki di sini Khamis lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata senjata berkenaan dirampas daripada kereta suspek dan di rumahnya.

Beliau berkata pada mulanya pihak polis menemui Sniper Raifel model M40 di dalam kereta suspek sebelum penemuan 30 laras senjata lain di rumahnya di Taman BDC, Kelombong.

Antara senjata yang dirampas ialah senjata api berat (24 laras), pistol (7), launcer A30 (1), kelopak peluru (32 unit), 112,000 butir peluru plastik dan getah, bom asap (14 kotak), green gas (43 botol) dan grenade launcer  (7 unit).

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berumur 30 tahun dan bekerja sebagai penyelia hotel bajet membeli dan Jalaluddin berkata suspek mendakwa dia mengumpul senjata api sebagai bahan koleksi peribadi serta untuk tujuan keuntungan dan telah menjual kira-kira 30 laras senjata api berkenaan kepada peminat senjata api di Sandakan, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Sibu.

Beliau berkata suspek juga mahir mengendali dan memperbaiki senjata tiruan.

Motif sebenar penyimpanan senjata api berkenaan akan disiasat, katanya. — Bernama

Advertisement