Anda di sini

Kabilan ‘raja’ muaythai

Advertisement

JUARA: Kabilan (tiga kiri) menerima hadiah kejuaraan berupa piala pusingan daripada Talib sambil disaksikan Jumaat (kanan), Muhamad Yakup, Mohidin dan Tuah.

Merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Pusingan Muaythai Bintulu Terbuka 2014

Oleh Abang Ismail Abang Su’ud //

BINTULU: Kabilan Javilan mewakili Kelab Muaythai SS Fighter (Kuching) merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Pusingan Muaythai Bintulu setelah menewaskan peninju dari Kelab PS Muaythai Sebiew (Bintulu), Awangku Zainul Ariffin di Gelanggang Muaythai Dataran Esplaned, di sini semalam.

Awangku Zainul tumbang seawal pusingan pertama sekali gus gagal meneruskan perlawanan dengan keduaduanya beraksi dalam kategori profesional Super 8 (57kg).

Kejuaraan itu melayakkan Kabilan membawa pulang hadiah piala pusingan, piala iringan, pingat dan wang tunai manakala Awangku Zainul (naib juara) menerima pingat.

Kedudukan tempat ketiga kategori sama dikongsikan Md Ariff Mulok dari Kelab Muaythai Kenyalang (MTK) dan Alydius Aligh dari Kelab Muaythai SS Fighter (Kuching).

Kategori profesional pilihan 60kg menyaksikan kejuaraan milik A.

Karadeck Seesombat atau Addy yang merupakan peninju dari Thailand mewakili Kelab Muaythai SS Fighter (Kuching) setelah menewaskan Mohd Azwan Che Will dari Kelab Muaythai Terengganu dalam pertarungan yang cukup sengit.

Diikuti pertarungan kategori 50kg menyaksikan Amir Syazal Shukeri (Pulau Pinang) menewaskan Hunsson Kayan (MTK).

Sementara kategori 40- 45kg, Shafiq Rushidi (Kelab Muaythai SS Fighter) mengalahkan Suchakorn Etin dari Kelab Muaythai Perlis.

Bagi kategori 35kg menyaksikan Pratasarthee Dunniyammoorthy (Kelab Muaythai SS Fighter) menewaskan Muhd Nur Hakim (Kelab Muaythai Lempong).

Menteri Muda Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dalam ucapannya, Talib berkata muaythai merupakan sukan asli menekankan tahap displin tinggi dan sekiranya mereka menjadi pemain ragbi mereka mampu menjadi pemain yang cemerlang.

“Saya kagum dengan pemain- pemain sukan ini,” katanya sambil mengumumkan peruntukan RM10,000 kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) bagi membantu pembangunan sukan muaythai di negeri ini.

Hadir sama Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Mohidin Ishak, Pegawai Daerah Bintulu Tuah Suni, Presiden PMNS Jumaat Ibrahim dan Presiden Persatuan Muaythai Bintulu, Abang Nurulhadi Abang Zainuddin.

 

Advertisement