Anda di sini

Biro Wanita Masjid Al Muhajirin anjur majlis khatam al-Quran yang pertama

Advertisement

NASYID: Para peserta majlis khatam mempersembahkan nyanyian nasyid sebelum majlis bermula.

BERGAMBAR KENANGAN: Para peserta khatam al-Quran bergambar kenangan sebelum majlis bermula.

BACAAN AYAT SUCI: Tetamu yang hadir diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran oleh para peserta khatam al-Quran.

 

 

BIRO Wanita Masjid Al Muhajirin (BWMM) Kampung Usahajaya Baru Sibu buat julung kali telah menganjurkan majlis khatam al- Quran sempena sambutan 1Muharam di masjid Al-Muhajirin barubaru ini.

Seramai 15 orang peserta dari Kampung Usahajaya Baru telah berjaya khatam al-Quran selepas mengikuti kelas mengaji yang diadakan di masjid tersebut yang dibimbing oleh Imam Dua masjid Al-Muhajirin, Hanapi Muhammad.

Menurut Pengerusi BWMM Zainab Mohi, kelas mengaji al- Quran di masjid Al-Muhajirin diadakan setiap minggu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, jam 2 hingga 4 petang sepanjang tahun ini.

Namun, bermula bulan Oktober lepas, kelas mengaji al-Quran diadakan setiap minggu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin pada jam yang sama.

Tambahnya lagi, sekiranya acara seperti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, pihak mereka (BWMM) akan terus menganjurkan majlis seumpamanya pada tahun-tahun yang akan datang.

Katanya, program ini diadakan bagi melahirkan generasi yang mencintai al-Quran dan memupuk budaya menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.

Pengerusi Masjid Al-Muhajirin Abang Muhamad Abang Check pula berkata, pihak mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti di masjid tersebut sepanjang tahun ini dan antara yang dilaksanakan ialah majlis ibadah korban yang dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfi a Awang Nassar.

 

Advertisement