Anda di sini

Ulang tahun ke-15 PGSL sarat aktiviti

Advertisement

Oleh Rosemaria Buma //

DIRAI: Aeries (tengah) memotong kek ulang tahun ke-15 PSGL pada majlis makan malam tersebut.

TAMAT KELAS: Aeries (dua kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang calon kelas penetapan pada majlis tersebut.

PELBAGAI aktiviti menarik dan berbentuk keagamaan telah diadakan sempena sambutan ulang tahun ke- 15 Parish Good Shepherd Lutong (PGSL) baru-baru ini.

Sempena sambutan itu, satu majlis makan malam telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Miri dan dihadiri lebih 600 orang tetamu.

Majlis tersebut yang bertemakan ‘Strong in Faith.. Overflowing With Thanksgiving’ telah dirasmikan oleh Penolong Bishop Gereja Anglika, Reverand Aeries Sumping Jingan.

Hadir sama ialah Ketua PGSL, Father Donald Jute dan penolongnya Father Johnny Janggok.

Para tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan nyanyian lagu rohani dan sketsa keagamaan oleh kaum ibu serta para mudamudi.

Manakala pada sebelah petang keesokkannya, telah diadakan upacara majlis ‘penetapan’ untuk seramai 227 calon yang telah menghadiri kelas penetapan di PSGL tahun ini.

UNTUK ALBUM: Aeries (tengah) bergambar bersama 227 calon yang telah menghadiri kelas penetapan di PSGL tahun ini.

Advertisement