Anda di sini

Pasukan Melayu ungguli golf komuniti

Advertisement

KUCHING: Harapan Pasukan Cina untuk menjuarai Kejohanan Golf Inter-Komuniti Sarawak untuk tahun ketiga berturut-turut musnah apabila Pasukan Melayu merampas gelaran juara itu semalam.

Kapten Pasukan Melayu Shahary Alias berkata, kemenangan berpihak kepada mereka apabila berjaya melakukan ‘lift’ keseluruhan berjumlah 804 hasil gabungan pemainnya, Mohammad Lokman Mustafa, Mohd Yusri Jusmail, Sukri Murshidi, Mohd Fikri Mohamad, Johari Aman, Helmi Hipni, Awang Madzelan, Muas Sebli, Samsudin Mulok dan Wan Liz Farwana.

Dengan kejuaraan itu, Pasukan Melayu berjaya menjulang Piala Cabaran Tan Sri William Mawan pada majlis penyampaian hadiah di Kelab Golf Sarawak.

Menurutnya, ini merupakan kali ketiga mereka memenangi gelaran juara keseluruhan selepas 2008 dan 2011.

Ketinggalan 27 pukulan di belakang Pasukan Melayu ialah juara bertahan Pasukan Cina sementara Pasukan Melanau di tempat ketiga dengan 852 pukulan.

Pasukan Melayu menyapu bersih gelaran apabila mereka turut memenangi ‘Nett Team Competition’ dengan 1,153 pukulan.

Ia juga adalah kemenangan ketiga mereka pada kejohanan ini setelah menjadi juara pada 2008 dan 2012.

Pasukan Cina sekali lagi menjadi naib juara apabila mereka mencatatkan sejumlah 1,169 pukulan sementara tempat ketiga Pasukan Melanau dengan 1,180 pukulan.

Bagi pemenang individu, Herman Bulang dengan skor 74 menjuarainya diikuti Lee Kah Ming di tempat kedua diikuti Hassan Rahmat (ketiga), Mohd Lokman Mustafa (keempat) dan Mohd Yusri Jusmail (kelima). Semua mendapat 76 pukulan serupa.

Tempat keenam disandang Sukri Murshidi yang selesai sebelum James Wong Kee (OCB). Manakala Goh Thai Soon mengalahkan James Sinjeng setelah kedua-dua kembali mendapat skor yang sama, 71.

Bagi kedudukan kesembilan diputuskan oleh OCB dengan Edwin Abil, Chow Tung Leh, Ibrahim Nordin, Anthony Tan, Joseph Mawan, Abet Mataim dan Mohd Amin Adenan menyelesaikan dalam urutan itu dan mereka semua mempunyai nilai sama (72). Selesai di tempat ke-10 adalah Yahya Datuk Ibrahim.

Advertisement