Anda di sini

400 orang hadiri Taklimat GST

Advertisement

TAKLIMAT: Kelihatan Wan Junaidi, Dr Abdul Rahman, Dr Hazland serta peserta memberi tumpuan semasa Taklimat GST Peringkat Parlimen P.193 Santubong di MPC, Demak Laut, semalam.

KUCHING: Seramai 400 peserta menghadiri Taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Peringkat Parlimen P.193 Santubong di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Demak Laut di sini, semalam.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari, taklimat berkenaan disampaikan oleh Pegawai Kastam Sarawak Furiman Hattar.

Hadir sama pada majlis perasmian itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Advertisement