Anda di sini

Banjir: MKN Terengganu kenal pasti 472 pusat pemindahan

Advertisement

KEMAMAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu me-ngenal pasti 472 pusat pemindahan banjir yang mampu menempatkan 75,587 mangsa di seluruh negeri sebagai persiapan menghadapi banjir yang dijangka melanda  semasa musim tengkujuh.

Daripada jumlah itu, sebanyak 139 pusat adalah di daerah Besut, Kemaman (88), Hulu Terengganu (81), Dungun (58), Kuala Terengganu (47), Setiu (35) dan Marang (24).

Pemangku setiausahanya Roslina Ngah berkata MKN kini melakukan pelbagai persiapan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi untuk menghadapi banjir dan mengenal pasti 116 pangkalan hadapan untuk me-nyimpan bekalan.

Jabatan Kebajkan Masyara-kat pula akan mula menghantar bekalan makanan pertengahan bulan ini, katanya kepada pemberita sempena Program Kesedaran Bencana peringkat komuniti negeri Terengganu 2014 di sini.

“Kita telah mengenal pasti pusat pemindahan yang akan dijadikan penempatan mangsa banjir dan turut mengadakan taklimat untuk petugas-petugas selain mengadakan program ke-sedaran bencana untuk komuniti,” katanya.

Roslina berkata MKN dengan kerjasama JKM telah memastikan pusat pemindahan banjir dan pangkalan hadapan berada di tempat selamat dan tidak berisiko banjir dengan dua buah pusat pemindahan di Kemaman pada tahun lepas yang berisiko banjir ditukar tahun ini.

“Untuk bekalan makanan pula, bagi tempat yang berisiko banjir dalam tempoh yang agak lama, pihak JKM akan memastikan bekalan makanan akan dibekal-kan untuk seminggu supaya tidak mengalami masalah terputus bekalan,” katanya.

Roslina berkata dua generator dan satu penapis air sumbangan Khazanah Holding Berhad akan disediakan di Kemaman rentetan banjir teruk yang melanda daerah berkenaan tahun lepas sehingga menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus.

“Bagaimanapun sekiranya ber-laku masalah terputus bekalan air di daerah lain, kita akan segera pindahkan generator dan penapis air ini ke tempat tersebut,” kata-nya.

Menurutnya MKN turut me-nyediakan satu sistem pendaftaran mangsa banjir untuk memudah-kan pendaftaran dan semakan nama untuk pengagihan bantuan banjir. — Bernama

Advertisement