Anda di sini

Buru import Indonesia

Advertisement

Oleh Harry Ilias

Alberts kini berada di Surabaya intai beberapa pemain dalam Liga Indonesia

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts dilaporkan kini berada di Surabaya, Indonesia untuk mencari penyerang baharu bagi mengisi slot pemain import.

Menurut sumber, Alberts sedang mengintai beberapa pemain import yang bermain dalam Liga Indonesia pada musim ini.

Beliau dikatakan mencari pemain import yang boleh bermain di pelbagai posisi serta mempunyai kemahiran yang baik.

Sarawak masih mencari seorang lagi pemain import asing bagi mengisi slot yang ditinggalkan oleh Hassan El Mohamed yang meninggalkan Sarawak sebelum berakhir Liga Malaysia musim ini.

Ketika ini, Sarawak mempunyai tiga pemain import iaitu Ryan Alan Griffiths (Australia), Gabor Gyepes (Hungary) dan Muamer Salibasic (Bosnia).

Sementara itu, Muamer telah menjalani pemeriksaan lanjutan dengan doktor pakar bermula semalam.

Beliau mengalami kecederaan lutut kiri yang agak serius pada awal musim sehingga terpaksa berehat untuk tempoh yang agak panjang.

Sarawak juga dalam proses mencari pemain-pemain baharu bagi mengisi tempat yang ditinggalkan beberapa pemain iaitu Junior Eldstal, Rashid Aya, S Chanturu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Sani Anuar Kamsani, Mafry Balang dan Lot Abu Hassan.

Skuad Ngap Sayot kini sedang bercuti dan akan memulakan latihan seperti biasa pada 10 November depan bagi menghadapi musim baharu 2015 nanti.

 

Advertisement