Anda di sini

Penerbangan MH198 yang berpatah balik, berlepas semula

Advertisement

SEPANG: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH198 dari Kuala Lumpur ke Hyderabad, India yang berpatah balik awal pagi semalam, selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, jam 12.32 tengah hari semalam.

Penerbangan pesawat itu dijadualkan semula sebagai MH198D dan dijangka tiba ke destinasi jam 1.35 petang (waktu tempatan) semalam.

MAS dalam kenyataannya berkata pesawat MH198 berlepas dari KLIA pada 10.20 malam Sabtu dan berpatah balik berikutan kegagalan kawalan pandu auto, sebelum mendarat di lapangan terbang itu pada 2.01 pagi semalam.

Kegagalan kawalan pandu auto itu tidak memberi kesan kepada keselamatan penumpang, namun sebagai langkah keselamatan, kapten yang mengendalikan pesawat itu memutuskan supaya pesawat itu berpatah balik ke KLIA. — Bernama

Advertisement