Anda di sini

Penyertaan kontinjen UPP pada perbarisan atas jemputan: Wong

Advertisement

KUCHING: Penyertaan kontinjen daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) pada perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam adalah atas jemputan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kewangan Kedua merangkap Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

“Ia adalah antara aktiviti sempena sambutan Hari Jadi TYT dan kami dijemput untuk menyertainya dan ia tidaklah salah untuk kami (UPP) ikut sama,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika diminta mengulas mengenai penyertaan UPP dalam perarakan dan perbarisan sempena Hari Jadi TYT semalam di bawah nama kontinjen BN Friendly.

Perarakan dan perbarisan itu menyaksikan kira-kira 40 ahli UPP diketuai Temenggung Lu Kim Leong berarak sambil mengibar bendera parti.

Turut sama di bawah nama kontinjen BN Friendly ialah ahli Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Advertisement