Anda di sini

Futsal Piala Merdeka 2014 pada 12-14 Sept

Advertisement

KAPIT: Kelab Bola Sepak Hulu Rajang United akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Merdeka 2014 di Stadium Bleteh dari 12 hingga 14 September ini.

Kejohanan berkenaan merupakan salah satu daripada aktiviti sukan yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Peringkat Negeri yang berpusat di sini.

Presiden Kelab Hulu Rajang United, Kennedy berkata, kejohanan itu terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas sama ada berasal dan bekerja di Bahagian Kapit.

“Bagaimanapun, sekiranya ada pasukan dari bahagian lain yang berminat, penyertaan hanya terhad kepada dua pasukan sahaja,” katanya ketika menghubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya lagi, johan pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM800 berserta piala dan pingat, naib johan menerima wang tunai RM500 berserta pingat, tempat ketiga meraih wang tunai RM300 berserta pingat dan tempat keempat mendapat RM150.

Pasukan yang ingin mengambil bahagian boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Omar Masam di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kapit menerusi talian 014-8783148 atau Ronald Jampong Kalat di Klinik Kesihatan Bleteh (019-8178400).

Yuran penyertaan ialah sebanyak RM150 bagi setiap pasukan yang terdiri daripada sembilan pemain termasuk seorang pengurus.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 September 2014, jam 5 petang.

Kennedy berkata, penyertaan oleh mana-mana jabatan di Bahagian Kapit amat digalakkan untuk memeriahkan lagi kejohanan.

“Saya berharap semua ketua jabatan menyokong penganjuran futsal Piala Merdeka buat julung kalinya ini.

Kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, malah dapat menyatukan semua masyarakat di Kapit tidak kira muda atau tua.

“Oleh yang demikian kita berharap ada penyertaan daripada pihak jabatan untuk memeriahkan lagi kejohanan ini,” ujarnya.

Pada masa depan, beliau berharap pelbagai pihak termasuk swasta atau wakilwakil rakyat tempatan akan tampil menaja kejohanan futsal tersebut agar dapat menarik lebih banyak penyertaan terutama dari segi kos penganjuran dan pembelian hadiah-hadiah kepada pemenang.

 

Advertisement