Anda di sini

Pemuda PBB lancar misi kemanusiaan, rai Bulan Kemerdekaan di Lawas

Advertisement

Oleh Mastura Ismail //

SATU MALAYSIA: Awang Tengah bersama exco Pemuda PBB Bukti Sari dan Bukit Kota dan yang lain meraikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Lawas baru-baru ini.

PROGRAM Armada, Misi Kemanusiaan yang dijalankan di Kampung Awat-Awat baru-baru ini lebih bererti apabila exco Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) melibatkan Bukit Kota dan Bukit Sari turut meraikan bahang kemerdekaan dengan menyertai Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Lawas.

Exco Pemuda Negeri yang juga Pengerusi Pemuda PBB Zon Lapan Kaunselor Sufian Mohat berkata selain menjalankan program berbentuk kebajikan dan kemanusiaan, pihaknya turut sama menyemarakkan lagi semangat patriotisme bersama masyarakat di peringkat akar umbi.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Lawas dirasmikan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

APA KHABAR: Sufian bersalaman dengan Awang Tengah setibanya di Lawas baru-baru ini.

Turut sama ialah isteri Awang Tengah, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Matjais, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Residen Limbang Maria Hasman, Pegawai Daerah Limbang Hussaini Hakim, Pegawai Daerah Kecil Sundar Ladin Atok, Timbalan Ketua Cawangan PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Pengiran Abidin,Exco Pemuda Negeri PBB Bukit Sari Abu Baharin Redzuan, Ketua Pemuda PBB Bukit Sari Kaunselor Semie Nasip dan Timbalan Ketua Kelab Pemuda PBB Bukit Sari Kaunselor Awg Emran Damit.

Dalam pada itu Sufian berharap misi kemanusiaan yang diadakan membantu meringankan beban dan penderitaan mangsa kebakaran di kampung tersebut dengan penyerahan sumbangan barang keperluan.

“Sumbangan daripada Pemuda Negeri yang disalurkan melalui Pemuda Zon Lapan ini diharap dapat meringankan beban mangsa kebakaran dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PBB Bukit Kota berkata misi kemanusiaan dalam program ini memberi peluang kepada barisan Pemuda turun padang di peringkat akar umbi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Katanya lagi, program ini merupakan pendekatan terbaik yang digunakan untuk membolehkan semua exco Pemuda memahami denyut nadi rakyat dan memahami permasalahan yang berlaku di peringkat akar umbi.

DIBANTU: Exco Pemuda Bukit Sari dan Bukit Kota menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Awat-Awat.

Advertisement