Anda di sini

Kompany terus kekal di Etihad

Advertisement

LONDON, England: Kapten Manchester City, Vincent Kompany, menandatangani kontrak baharu lima tahun bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, menurut pengumuman kelab Rabu lepas.

“Pasukan ini lebih kuat berbanding sebelum ini; kami mempunyai saingan yang kuat dalam semua posisi dan bilik persalinan yang penuh dengan pemain luar biasa, bersemangat tinggi untuk terus mencipta sejarah bersama,” kata pemain pertahanan antarabangsa Belanda itu dalam satu kenyataan.

“Menjulang dua trofi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga merupakan empat hari yang terhebat dalam kehidupan saya tetapi saya percaya ada banyak lagi kejuaraan boleh dimenangi,” tambah beliau.

“Terdapat juga banyak mercu tanda dan rekod yang diburu dan saya berharap dengan menandatangani kontrak baharu, ia menunjukkan kesungguhan di mana saya mahu terus bersaing untuk kejuaraan di kelab ini.

” “Kami mempunyai sasaran yang sama dan harapan yang tinggi di masa hadapan – sebuah keluarga kelab, pembukaan Akademi Bola Sepak City, pemain yang hebat dari skuad remaja dan kerana itu, kenapa perlu saya pergi ke kelab lain?” Kompany menyertai City dari FC Hamburg ketika berusia 22 tahun pada 2008, sebelum pengambilalihan oleh Sheikh Mansour, hartawan dari Abu Dhabi.

Beliau dilantik sebagai kapten City pada musim 2011/2012 dan membantu kelab memenangi trofi Liga Perdana pada musim penuh pertama beliau sebagai kapten.

Beliau membuat lebih dari 240 penampilan untuk City dalam semua pertandingan.

Beliau membuat keputusan untuk terus kekal di Etihad, sehari selepas perancang City, David Silva, menandatangani kontrak baharu lima tahun.

Mengekalkan pemain lama sudah semakin menjadi sangat penting untuk City, yang bekerja dengan kawalan kewangan ketat 49 juta pound dalam urusan perpindahan pramusim sebagai hukuman kerana melanggar peraturan kewangan bersih yang diperkenalkan oleh badan induk bola sepak Eropah, UEFA.

Samir Nasri dan Aleksandar Kolarov juga bersetuju melanjutkan kontrak bersama City sementara pembelian pemain pertahanan, Eliaquim Mangala dari FC Porto dengan nilai 32 juta pound untuk apa yang merupakan pembelian keenam City pada penutup musim. — AFP

Advertisement