Anda di sini

Langgar perintah berkurung

Advertisement

Oleh RUZAINI ZULKIFLI

Seramai 22 nelayan ditahan

KOTA KINABALU: Seramai 22 nelayan tempatan ditahan oleh pasukan keselamatan setelah didapati melanggar arahan perintah berkurung di perairan Sandakan baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kesemua lelaki yang ditahan secara berasingan di perairan berkenaan pada 7 Ogos lalu selepas didapati keluar melakukan aktiviti menangkap ikan melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai.

Untuk rekod katanya, perintah berkurung di pantai timur telah memasuki fasa kedua sejak 3 Ogos lalu.

Mengulas mengenai tangkapan itu, beliau berkata sepasukan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) telah berjaya mengesan dan seterusnya menahan enam bot nelayan di zon perintah berkurung selepas jam 6 petang.

“Didapati bot-bot terbabit dinaiki seramai 22 lelaki tempatan yang difahamkan keluar untuk menangkap ikan.

“Kita kemudiannya bertindak menahan mereka kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda RM500 atau penjara enam bulan,” katanya.

Sepanjang tempoh berintah berkurung yang telah memasuki hari ke 24 sejak kelmarin, Jalaluddin berkata seramai 81 lelaki berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan.

Menurut beliau, 50 daripada jumlah ditahan adalah warga asing.

“Daerah Semporna mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 46 orang diikuti Sandakan 28 serta Lahad Datu tujuh orang.

“Berdasarkan rekod, tiada tangkapan berlaku di Kinabatangan, Kunak dan Tawau setakat perintah berkurung itu dijalankan,” katanya.

Advertisement