Anda di sini

Lebih 5,000 tetamu hadiri rumah terbuka Nancy Shukri

Advertisement

KUCHING: Kemeriahan suasana Hari Raya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri cukup terasa apabila lebih 5,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum berkunjung ke majlis itu.

Majlis yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat Dayak, Cina dan India yang tinggal di bandar raya ini.

“Saya tidak menjangka tetamu yang berkunjung pada hari ini (semalam) melebihi 5,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum. Saya dan keluarga amat berterima kasih kepada mereka yang hadir ke majlis rumah terbuka kami ini,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Rakyat Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Perwakilan Lembaga Pengarah Amanah Raya Datuk Johar Che Mat, Pengarah Kumpulan Amanah Raya Datuk Abd Rahman Md Khalid dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu, Nancy turut menyaksikan Amanah Raya Berhad menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Masjid Daerah Simunjan dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan.

Dengan sumbangan itu, seramai 5,819 penduduk kawasan Simunjan akan mendapat manfaat sekiranya berlaku kematian.

“Sumbangan ini pastinya akan meberi manfaat dan memudahkan masyarakat Islam di sini (Simunjan) dalam pengurusan jenazah lebih-lebih lagi selepas lokasi tanah perkuburan baharu yang dibuka agak jauh dari kawasan berkenaan,” katanya.

Advertisement