Anda di sini

Allester dan Angelica johan pidato di SK Batu Lintang

Advertisement

SRI AMAN: Allester Ramba Hilary dinobatkan sebagai johan kategori Sekolah Rendah Tahun 5 Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah Rendah Zon Perpustakaan Desa Batu Lintang di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Undop di sini kelmarin.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Nick Roger Michael dan Kimberley Janta Frankie.

Manakala bagi kategori Sekolah Rendah Tahun 3-4 pula menyaksikan Angelica Nangku muncul johan.

Jocylin Maie serta Jacqualine Karim diumum sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kategori itu.

Pertandingan Pidato ini adalah anjuran Perpustakaan Awam dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dengan tajuk pidatonya  ‘Melayari Internet Lebih Berfaedah Daripada Membaca Di Perpustakaan’.

Wali kota MDSA Richard Tawan Sedu diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pada majlis itu, Richard menggalakkan pelajar memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan Perpustakaan Jalur Lebar yang terdapat di Perpustakaan Desa Sri Aman.

“Lagipun kemudahan Perpustakaan Jalur Lebar ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kemahiran para pelajar dalam aspek penggunaan komputer dan Internet.

“Saya harap kemudahan ter-sebut dapat memudahkan para pelajar membaca pelbagai isu semasa, selain mencari bahan bacaan bagi tujuan pembelajaran masing-masing,” katanya.

Pertandingan itu diadakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Komuniti MDSA bagi mendekati golongan penduduk di sini.

Advertisement