Anda di sini

Rumah papan musnah terbakar

Advertisement

Oleh Shamry M Sani //

Turut musnah sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux

Kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Damai, Tawau kelmarin.

TAWAU: Sebuah rumah jenis papan dua tingkat musnah dalam kebakaran yang berlaku awal tengahari kelmarin di Jalan Damai.

Turut musnah dalam kebakaran itu sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.36 petang sebelum tiba 14 minit kemudian.

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.03 petang,” katanya sambil menambah, seramai 25 anggota dan dua jentera terlibat dalam operasi itu.

Turut membantu ialah pasukan Jabatan Pertahanan Awam yang disertai enam orang anggota beserta sebuah jentera.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan satu buah rumah jenis papan dua tingkat dan sebuah kenderaan jenis Hilux,” katanya.

Katanya, seramai 11 orang hilang tempat tinggal dalam kejadian itu di mana pihak bomba turut berjaya mengawal api dari terus merebak ke dua buah rumah lain berdekatan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai memastikan sebarang perkakasan elektrik, dapur dan lain-lain risiko dalam rumah sentiasa dijaga agar tidak memudaratkan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement