Anda di sini

SABATI terus dekati, bantu golongan kurang berkemampuan

Advertisement

 

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) akan meneruskan usaha murni terutama dalam mendekati serta membantu golongan yang kurang berke­mampuan di negeri ini.

Meskipun usaha itu dilihat sebagai usaha kecil, namun ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban golongan susah lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Sejajar dengan usaha itu, SABATI menyalurkan ban­tuan dan sumbangan berupa makanan asas kepada beber­apa penduduk di Kampung Ulu Sebuyau, kelmarin.

SABATI diwakili oleh isteri Menteri Muda Pembangu­nan Perindustrian Sarawak (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Da­tin Sadiah Buji selain turut disertai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Terdahulu, Julaihi dan isteri mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk setempat serta menyertai penduduk menunaikan solat fardu dan solat sunat tarawih.

Hadir sama Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad.

Advertisement