Anda di sini

Penduduk dua kampung ceria rai hari keluarga

Advertisement

BOLING PASIR: Seorang peserta acara boling pasir berusaha menepati sasarannya.

ISTANA PASIR: Salah satu istana pasir yang dihasilkan oleh para peserta program.

BEREHAT SEBENTAR: Para peserta hari keluarga anjuran KRT Kampung Tutus Ulu, Bedanga dan Kelaup berehat sebentar sambil menikmati ikan bakar.

 

 

Oleh Nicklos Louis Kaderi //

HARI keluarga anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tutus Ulu, Bedanga dan Kelaup dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Biro Sukan Tutus Ulu di Mukah, meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Hari keluarga tersebut dimeriahkan dengan pelbagai acara sukaneka seperti membawa bola pingpong dengan sudu plastik panjang, menganyam buah ‘gudi’, menyepit biji getah dengan penyepit, menangkap ‘kukut pepagau’, boling bola pasir, membuat istana pasir, menadah air dan lari kaki tiga.

Pada akhir program para peserta bersama-sama membersihkan persekitaran pantai.

Objektif program tahunan KRT Kampung Tutus Ulu, Bedanga dan Kelaup  tersebut ialah untuk mengumpulkan semua penduduk kedua-dua kampung bagi menjalin dan memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan, mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama, menyemaikan semangat kesukanan dan menyedarkan kepentingan sukan serta riadah untuk kesihatan.

Hari keluarga tersebut dirasmikan oleh Ketua Kampung Tutus Ulu Laily Basli dan turut dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Dalat Zarni Rapaee dan Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Mukah Daniel Yap.

Advertisement