Anda di sini

31 penduduk Lereng Bukit terima sumbangan makanan

Advertisement

MIRI: Seramai 31 penduduk memerlukan dari Kampung Lereng Bukit menerima sumbangan makanan dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Miri pada majlis Program Membantu Rakyat (MEMBARA) di Surau Hidayatullah, di sini petang kelmarin.

Penerima terdiri ibu tunggal, warga tua, balu, Orang Kurang Upaya (OKU) dan miskin disampaikan oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau, Datuk Sebastian Ting.

“Sesungguhnya kerajaan sentiasa berusaha dan komited memberi perhatian kepada golongan memerlukan melalui pelbagai agensi di bawahnya,” kata Ting.

Beliau berharap sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban perbelanjaan dapur penerima dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

Aktiviti kebajikan ini turut mendapat kerjasama jawatankuasa surau, SUPP Piasau dan Pertubuhan Penyayang Bandaraya Miri (MCCS)

Hadir sama Pegawai Penyeleras JASA Miri, Dayang Norazelina Hamdan, Pengerusi Surau Hidayatullah, Hamden Abdul Hadi dan Pengerusi MCCS, Pemanca Wilson Siang Lim.

Advertisement