Anda di sini

Masalah air di Belawai akibat saluran paip pecah

Advertisement

SIBU: Berhubung isu air di Bela-wai, Utusan Borneo menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagi-an Sarikei semalam bagi mengenal pasti punca masalah air dialami penduduk sekitar Kampung Bela-wai, Jerijeh, Paloh, Rajang dan Tanjung Manis.

Ketika dihubungi, JKR Sarikei mengatakan bahawa masalah air dialami penduduk kampung di Belawai adalah berpunca saluran paip pecah berlaku di antara Sarikei dan Tanjung Manis.

Namun, menurut JKR Sarikei masalah paip pecah tersebut siap diperbaiki beberapa hari lalu dan adalah normal untuk tekanan air kembali seperti biasa dalam tempoh beberapa hari selepas proses baik pulih.

JKR Sarikei juga mengatakan, hanya beberapa hari lalu sahaja kawasan kampung sekitar Belawai menghadapi masalah ketiadaan air, bukan selama tiga minggu seperti yang dinyatakan penduduk.

Menurut JKR Sarikei, masalah tekanan air rendah dialami penduduk sekitar kampung di Belawai disebabkan terdapat sesetengah pihak dan penduduk kampung menggunakan mesin pengepam air yang menjadi punca terdapat sesetengah kawasan menghadapi gangguan bekalan air.

Di samping itu, JKR Sarikei pernah memberi notis kepada beberapa penduduk kampung mengenai perkara itu namun tidak dapat memberitahu semua penduduk kampung atas sebab-sebab tertentu.

Advertisement