Anda di sini

Jawatankuasa Mahkamah Bumiputera Iban anjur Majlis Ngiling Bidai

Advertisement

SIMBOLIK: (dari dua kiri) Penghulu Richard, Stanley, Andrew dan Sim bersama-sama melakukan simbolik
ngiling bidai.

DUET: Sim (kanan) bersama Penghulu Enyang Menchol (dua kiri) mendendangkan sebuah lagu. (Gambar bawah)

RANYAI: Andrew (kanan) menebang ranyai sambil diperhatikan oleh Sim (dua kiri) dan Penghulu James Semilan (kiri).

 

 

Oleh Reno Benjamin //

JAWATANKUASA Mahkamah Bumiputera Iban Pejabat Daerah Sibu telah menganjurkan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2014 di sebuah hotel di Sibu, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Mahkamah Bumiputera serta kakitangan Pejabat Daerah ini telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Muhamad Rais Abdullah, Pemangku Pegawai Daerah Sibu Abdul Malik Hashim, Pegawai Tadbir Suzanna Indiat, Pengerusi Jawatankuasa Mahkamah Bumiputera Iban Pemanca Stanley Geramong serta yang lain.

Kali kedua dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahkamah Bumiputera, majlis dimeriahkan dengan persembahan ngajat, nyanyian, poco-poco serta cabutan tiket bertuah.

Program antara lain bertujuan merapatkan hubungan antara ahli Jawatankuasa Mahkamah Bumiputera bersama-sama dengan kakitangan Pejabat Daerah serta masyarakat.

 

Advertisement