Anda di sini

Murid koma disyaki dijangkiti JE

Advertisement

Hasil ujian cecair tulang belakang pesakit menunjukkan positif JE

TASEK GELUGOR: Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di sini koma disyaki dijangkiti virus ensefalitis Jepun (JE).

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim ketika mengesahkan perkara itu, berkata murid itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital swasta di Bayan Baru dekat sini.

“Kami telah menerima laporan kesihatan pesakit dan hasil pemeriksaan atau ujian cecair tulang belakang pesakit itu oleh hospital swasta berkenaan mendapati ia mendorong positif JE,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Kelmarin, sebuah stesen televisyen swasta melaporkan murid terbabit berada dalam keadaan kritikal dan koma selepas dijangkiti JE.

Murid itu dikatakan meng-alami demam panas sejak 18 Mei dan dirawat di Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke hospital swasta berkenaan.

Dr Lailanor berkata pihak-nya akan mengikut tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Ke-sihatan dalam menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Kami akan membuat siasatan secara terperinci antaranya menjalankan temu bual dan pemeriksaan dengan keluarga pesakit, rakan-rakan pesakit termasuk pergi ke sekolahnya untuk menyiasat bagaimana pesakit boleh dijangkiti JE,” katanya.

Beliau berkata satu satu jawatankuasa khas juga telah ditubuhkan bagi  menjalankan siasatan dan laporan leng-kap berhubung kes itu akan dihantar ke  Kementerian Kesihatan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata Jabatan  Veterinar Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel di  kawasan ladang babi yang terdapat di Kampung Selamat untuk ujian.

“Sebagai langkah awal, kami akan ‘fogging’ kawasan berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pesakit itu dijangkiti JE  disebabkan ternakan di kawasan berkenaan atau sebaliknya,” katanya.

Kerajaan negeri akan meng-ambil tindakan selanjutnya berhubung penyakit JE selepas menerima laporan lengkap daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Veterinar, kata Dr Afif.

Guru Besar SK Kampung Selamat, Hawa Mat Yazid pula berkata  beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi memantau penyakit itu kerana sekolah berkenaan terletak kira-kira dua kilometer dari ladang babi.

Beliau berkata selain sekolah itu, terdapat beberapa sekolah lagi yang  berhampiran kawasan ladang ter-nakan berkenaan.

“Saya sendiri telah melawat murid itu dan keadaannya kritikal jadi pihak  sekolah telah tubuhkan tabung bantuan khas bagi membantu murid berke-naan,”  katanya. — Bernama

Advertisement