Anda di sini

Ketua masyarakat sebar pemahaman mengenai GST

Advertisement

KUCHING:Ketua masyarakat di Serian akan menyebarkan pemahaman mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada warga kampung.

Ketua Kampung Tong Nibong Serian Paul Munan menyahut baik pendekatan kerajaan untuk memberi pendidikan kesedaran mengenai GST di setiap Parlimen.

“Memang perlu untuk penduduk kampung memahami apa itu pelaksanaan GST sebelum ia dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemahaman Pelaksanaan GST di Parlimen Serian baru-baru ini.

Beliau diberitahu mengenai ceramah berkenaan pada 25 Jun lepas dan berharap pelaksanaan GST akan memberi manfaat sepenuhnya kepada kerajaan dan rakyat.

Pada masa yang sama, Paul turut ditemani lebih daripada 30 ketua kaum dari seluruh Serian.

Penerangan mengenai GST diberikan oleh  seorang penceramah berpengalaman iaitu Penolong Pengarah Bahagian GST Kastam Sarawak Robert Tuat.

Turut hadir Penolong Kanan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Sarawak Noel Hily dan Pemanca Bidayuh Kota Samarahan Hendry Sadok

Advertisement