Anda di sini

Hari Keluarga Kampung Bunut dan Kampung Tanjung meriah

Advertisement

SASAR: Permainan boling kelapa turut mendapat sambutan penduduk kampung.

ISI AIR DALAM BOTOL: Para peserta mengisi sebanyak mungkin air ke dalam botol.

GOTONG-ROYONG: Penduduk Kampung Bunut dan Kampung Tanjung bekerjasama memasang khemah sebagai persiapan untuk sambutan Hari Keluarga.

 

 

Oleh Nicklos Louis Kaderi //

PROGRAM Hari Keluarga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bunut dan Kampung Tanjung yang diadakan di Pantai Bunut, Mukah baru-baru ini, mendapat sambutan dan cukup meriah.

Objektif program yang merupakan salah satu acara dalam kalendar tahunan KRT tersebut ialah untuk mengumpulkan semua penduduk kedua-dua kampung bagi menjalin dan memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan, mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama, menyemaikan semangat kesukanan serta memberi kesedaran tentang kepentingan sukan dan riadah untuk kesihatan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah boling kelapa, mengisi air dalam botol, meniup belon, pertandingan mewarna, menjala botol, sepak bola masuk pintu gol dan banyak lagi.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Kampung (KK) Kampung Bunut Sahari Ramli, KK Kampung Tanjung Hassan Amit, Pengerusi KRT Kampung Bunut dan Kampung Tanjung merangkap Pengerusi Permuafakatan KRT-KRT Bahagian Mukah Jali Gani, kakitangan-kakitangan Pejabat Perpaduan Bahagian Mukah Mazura Mohd Aup, Lita Dogoh, Alice Afandi dan Daniel Yap serta semua AJK KRT kedua-dua kampung berkenaan.

 

Advertisement