Anda di sini

Penubuhan Lincorn Corner Sarawak langkah bijak

Advertisement

KUCHING: Mewujudkan Lincorn Corner Sarawak di Perpustakaan Negeri Sarawak terbukti langkah bijak dan memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan rakyat negeri ini.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Pusaka Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo berkata, beberapa kerjasama dirancang untuk dijalinkan sejak 2004.

“Ini kerana orang ramai mula menggunakan Internet dan terdapat keraguan sama ada untuk membuka pangkalan data yang merangkumi keselamatan kita.

“Selain itu terdapat rancangan lain termasuk mewujudkan Lincorn Corner yang merupakan keputusan terbaik,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Lincorn Corner Sarawak di sini, semalam.

Ketika ini menurutnya Lincorn Corner sentiasa ditambah baik dari segi sumber termasuk buku, bahan audio visual dan komputer.

“Kami juga mempunyai keistimewaan untuk menjemput penceramah dari Amerika Syarikat untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan rakyat negeri ini,” ujarnya.

Hamid berkata kebanyakan perpustakaan memang berminat untuk mewujudkan Lincorn Corner Sarawak namun disebabkan kekangan dari segi sumber dan mencari rakan untuk mendapatkan sumber dan kepakaran maka ia sukar diwujudkan.

“Kami bernasib baik kerana ditawarkan oleh Kedutaan Amerika untuk mewujudkan Lincorn Corner Sarawak,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau menjelaskan, American-Sarawakian Society mungkin boleh diwujudkan pada masa depan untuk membolehkan perkongsian idea berlaku.

Sementara itu, Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat Bonnie Gutman berkata Amerika Syarikat mendapat banyak faedah hasil perhubungan dengan Sarawak.

“Kita adalah rakan. Anda dapat faedah dan kami pun sama. Kita boleh bekerjasama,” kata Bonnie.

Terdapat lapan Lincorn Corner di seluruh Malaysia dan 800 di seluruh dunia.

Advertisement