Anda di sini

Balas dendam bukan agenda utama

Advertisement

Mexico musnahkan impian Brazil raih pingat emas, satu-satunya kejuaraan yang belum dimenangi

FORTALEZA, Brazil : Penyerang Brazil, Hulk, menegaskan misi balas dendam tidak berada dalam agenda apabila tuan rumah Piala Dunia 2014 itu mahu memastikan kelayakan ke pusingan kedua kejohanan apabila menentang Mexico hari ini.

Mexico memusnahkan impian Brazil memenangi satu-satu kejuaraan yang masih belum dimenangi oleh mereka dua tahun yang lepas apabila menewaskan Brazil 2-1 untuk memenangi pingat emas acara bola sepak pada Sukan Olimpik di London.

Tetapi Hulk menegaskan tiada persoalan di mana Brazil akan cuba menebus kehampaan apabila berdepan dengan Mexico di Stadium Castelao di sini.

Ia adalah gelanggang yang sama kedua-dua pasukan bertemu di pusingan pertama Piala Konfederasi tahun lepas apabila Brazil menang 2-0.

Kemenangan itu bermakna satu misi balas dendam seperti sudah dicapai dan Hulk menegaskan Brazil hanya mempunyai satu fokus menjelang sepak mula perlawanan hari ini.

“Dalam Piala Konfederasi, kami cuba untuk memikirkan hanya tentang kemenangan dan ia adalah sama kali ini. Jika kami memikirkan tentang balas dendam, ia pastinya menimbulkan masalah,” kata beliau, yang menjaringkan gol pada final Sukan Olimpik itu.

Apa pun, kekalahan di Sukan Olimpik itu meninggalkan kesan ke atas beliau, bersama-sama Thiago Silva, Marcelo, Oscar dan Neymar, yang beraksi di final berlangsung di Wembley dua tahun yang lepas.

“Sudah tentu saya sangat sedih. Ia pingat yang tidak pernah dimenangi oleh Brazil dan kami tewas di final. Mexico adalah sebuah pasukan yang bagus, saya hanya berharap pasukan ini, di Sukan Olimpik akan datang (di Rio de Janeiro) boleh memenangi pingat emas,” kata Oscar, salah seorang pemain yang menyerlah ketika Brazil menewaskan Croatia 3-1 di Sao Paulo, Khamis lepas.

Mengenai perlawanan menentang Mexico, Oscar menambah: “Ia sememangnya sukar seperti tahun lepas. Di Piala Dunia, ada motivasi tambahan untuk menang dan saya berharap kami boleh mengulangi kemenangan yang sama. Mexico adalah pasukan yang sangat berbeza dengan Croatia. Mereka menggerakkan bola dengan pantas dan juga sangat berbahaya dengan serangan pantas.”

Skuad semasa Mexico, memaparkan lapan pemain yang memenangi emas di Sukan Olimpik 2012, turut memulakan kempen Kumpulan A dengan kemenangan apabila menewaskan Cameroon 1-0 di Natal.

Oribe Peralta menjaringkan gol tunggal perlawanan, walaupun Brazil sudah bias a dengan ancaman beliau yang menjaringkan dua gol pada final Sukan Olimpik.

Brazil juga perlu mengawasi pemain pertahanan kiri Mexico , Miguel Layun, yang sentiasa mengancam pertahanan Cameroon dan boleh menimbulkan masalah kepada pertahanan kanan Brazil, di mana Dani Alves sentiasa hilang tumpuan ketika menentang Croatia.

Bagaimanapun, Mexico juga ada kerisauan di mana pengadil perlawanan nanti, Cuneyt Cakir dari Turki, mungkinalah kepada tekanan dari penonton tempatan selepas Brazil diberikan tendangan penalti lemah ketika menentang Croatia.

“Ia sesuatu yang tidak dapat anda saingi. Anda harus menerimanya dan cuba untuk mengelak ia dari berlaku,” kata kapten Mexico, Rafael Marquez, yang sudah empat kali beraksi di Piala Dunia.

Mexico harus cuba mengelak rekod buruk menentang Brazil di Piala Dunia – dalam tiga pertemuan, Mexico tewas ketiga-tiganya dan tidak pernah menjaringkan sebarang gol, walaupun pertemuan terakhir ialah di Chile pada 1962.

Jurulatih Mexico, Miguel Herrera dan juga jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari tidak dijangka melakukan banyak pertukaran kepada ke sebelasan utama walaupun kecergasan Hulk adalah kebimbangan utama Scolari selepas menamatkan latihan lebih awal Ahad lepas kerana kecederaan hamstring. — AFP

Advertisement