Anda di sini

SPAN tidak terima permohonan untuk catu air di Lembah Klang

Advertisement

ALOR SETAR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak menerima sebarang permohonan daripada kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan catuan air di Lembah Klang berikutan cuaca kering ketika ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Teo Yen Hua.

“Kita tunggu jika ada permohonan. Buat masa ini tiada lagi perancangan untuk lakukan (catuan air),” katanya ketika ditemui selepas me-rasmikan Seminar Kesedaran dan Pematuhan Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006 bagi Kedah dan Perlis 2014 di sini semalam.

Kelmarin, Timbalan Men-teri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata catuan bekalan air di Lembah Klang dijangka berulang jika paras air di Empangan Sungai Selangor merosot ke tahap membimbangkan akibat fenomena El Nino.

Teo bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan catuan air itu dilakukan kerana masih banyak perkara yang perlu dibincangkan.

“Menteri dan timbalan men-teri akan membuat pengumuman mengenai perkara ini nanti,” katanya. — Bernama

 

Advertisement