Anda di sini

Polis Perlis mula pantau judi Piala Dunia

Advertisement

ARAU: Polis Perlis akan memastikan kegiatan pertaruhan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil yang bermula pertengahan bulan ini, dikekang di peringkat akar umbi di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa berkata Unit Perjudian dan Maksiat kontinjen negeri sudah digerakkan bagi memantau sebarang kegiatan perjudian membabitkan kejohanan itu.

“Polis Perlis telah menerima arahan Bukit Aman mengenai tugas ini dan kita akan pastikan judi bola sepak Piala Dunia dibanteras di akar umbi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengulas perkembangan lain, Md Zukir berkata beliau berpuas hati dengan tahap kawalan keselamatan yang dilaksana oleh polis kontinjen negeri sepanjang temasya Sukan Malaysia Perlis yang berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun lalu.

Terdahulu beliau menyaksi-kan majlis serah terima tugas ketua polis daerah Arau antara DSP Ishak Baharom yang memangku tugas itu dan bekas Ketua Polis Padang Terap pemangku Supt Ku Yaacob Ku Hamad. — Bernama

Advertisement