Anda di sini

Keperluan produk daging organik meningkat: Manyin

Advertisement

KUCHING: Pakar dan ahli akademik khasnya dari Persatuan Produksi Haiwan Malaysia (MSAP) dicabar supaya tampil dengan produk daging serta ayam organik untuk memenuhi keperluan masyarakat pada zaman ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, keperluan masyarakat moden terhadap produk sedemikian amat tinggi.

Menurut beliau, kini lebih ramai anggota masyarakat menyedari tentang kesihatan dari segi makanan terutama sayur organik.

“Namun bagaimana pula dengan hasil haiwan seperti telur organik, ayam organik, daging babi organik, daging lembu dan sebagainya.

“Saya berasakan ini adalah satu cabaran yang perlu disahut oleh MSAP sama ada mereka mampu menghasilkan haiwan organik berbanding sayur organik sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Makan Malam sempena Persidangan Persatuan Produksi Haiwan Malaysia (MSAP) Ke-35 dan Persidangan Mengenai Produksi Haiwan Rantau ASEAN Pertama yang turut dihadiri Presiden MSAP Dr Abu Hassan Muhammad Ali di sini, malam kelmarin.

Manyin pada masa yang sama mahu persatuan ber-kenaan agar menawarkan produk yang lebih murah kepada pengguna sementara pembekal turut mendapat manfaat dengan tidak ada kerugian.

“Amat penting bagi ma-syarakat untuk mencari jalan untuk mengurangkan kos pengeluaran supaya pengguna tidak akan berasa beban,” kata beliau.

Sementara itu, Abu Hassan dalam ucapannya berkata ahli persatuan itu terdiri daripada jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta selain universiti.

Beliau turut menggesa kepada orang individu dan syarikat yang berminat menyertai persatuan bagi meneroka peluang serta sumbangan mereka.

Advertisement