Anda di sini

Pertandingan tarik tali memeriahkan Pesta Gudi

Advertisement

BINTULU: Penduduk di sini dipelawa menyertai Pertandingan Tarik Tali sempena Pesta Gudi Sarawak 2014 pada 21 hingga 22 Jun di tapak Lapangan Terbang Lama di sini.

Selain itu kakitangan di jabatan kerajaan dan swasta, persatuan, sekolah-sekolah, penduduk kampung dan rumah panjang turut dipelawa untuk menyertainya.

Program itu merupakan aktiviti anjuran Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu

dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)dan Bintulu Port Holdings Berhad.

Empat kategori tarik tali akan dipertandingkan iaitu kategori A bagi jabatan kerajaan, swasta dan persatuan, kategori B (kampung, rumah panjang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), kategori C (sekolah) dan kategori D (Terbuka).

Yuran penyertaan dikenakan RM50 bagi setiap penyertaan kategori A, B dan D. Manakala yuran kategori C ialah RM30. Tarikh tutup penyertaan pada 16 Jun, jam 4 petang.

Pasukan berminat menyertai pertandingan itu boleh mendapatkan borang penyertaan daripada urus setia di Tingkat Satu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu (Seksyen Sosial) atau hubungi Norroziana Rosli, Zura Aziz atau Nur Asikin Saifudin di talian 086-334425 dan 337721.

Advertisement