Anda di sini

Popular Bookstore adakan jualan penghabisan stok buku hingga 8 Jun

Advertisement

KUCHING: Popular Bookstore mengadakan jualan penghabisan stok buku pertengahan tahun di tingkat satu Dewan Pameran CityOne, Mall 2 mulai semalam, 30 Mei hingga 8 Jun ini.

Pelbagai buku bahasa Inggeris dan Cina ditawarkan pada jualan tersebut selain pelbagai produk alat tulis, CD-ROM dan produk-produk multimedia.

Mereka yang berminat dipelawa mengunjungi jualan tersebut mulai jam  10 pagi hingga 10 malam yang dibuka setiap hari.

Menurut penyelaras acara dan promosi Popular Book Co (M) Sdn Bhd, Kally Teo, jualan secara besar-besaran ini menawarkan harga paling murah bermula dari RM1 dan diskaun sehingga 90 peratus.

“Kami mempelawa orang ramai mengunjungi  jualan ini yang bermula hari ini (semalam) hingga 8 Jun, di Dewan Pameran CityOne dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Kali ini Popular memilih Dewan Pameran CityOne dan tidak seperti tahun-tahun yang lepas diadakan di Dewan Permata.

“Walau bagaimanapun, tempat ini juga sementara sebab Popular sedang mencari tempat yang lebih besar dan memberikan keselesaan kepada pelanggan kami,” katanya.

Mereka yang membelanjakan RM100 dan ke atas untuk ahli dan RM120 ke atas bukan ahli akan mendapat rebat RM10 dan boleh digunakan di semua Popular Bookstore di Kuching.

Pelajar yang menerima baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) boleh menggunakan baucar tersebut untuk membeli barangan berkaitan pada pameran ini.

Sempena ulang tahun Ke-90 POPULAR Malaysia tahun ini, pelbagai promosi boleh didapati di semua POPULAR Kuching termasuk di Tun Jugah Shopping Mall, Boulevard Mega Mall dan CityOne Mega Shopping Mall.

Sebarang pertanyaan sila hubungi POPULAR Book Co (M) Sdn Bhd di talian 082-532 801.

Advertisement