Anda di sini

Sultan Johor zahir takziah kemangkatan Sultan

Advertisement

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim semalam menzahirkan sembah takziah atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, kelmarin.

Sultan Ibrahim menzahirkan sembah takziah itu dalam titah baginda pada majlis perasmian pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini.

“Saya dan seluruh rakyat negeri Johor ingin mengucapkan takziah kepada Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan keluarga atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak kelmarin.

“Mudah-mudahan roh Almarhum akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin,” titah baginda.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 petang kelmarin dan jenazah dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini (semalam). — Bernama

Advertisement