Anda di sini

Pelatih PPKS timba pengalaman di tapak Pesta Kaul Mukah

Advertisement

SENAMAN: Para pelatih melakukan senaman di tapak Pesta Kaul Mukah di Taman Kala Dana.

UNTUK KENANGAN: Warga kerja dan pelatih PPKS Mukah merakamkan kenangan di Tibau.

TRADISI: Peserta upacara Kaul Seraheng Kakan setiba di ‘Tugek’.

 

 

Oleh Reno Benjamin //

WARGA kerja dan pelatih Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah tidak melepaskan peluang untuk mengadakan lawatan ke tapak Pesta Kaul Mukah 2014, baru-baru ini.

Menurut pemangku Pengarah Kampus PPKS Mukah, Zainal Abiddin Ahmad, lawatan tersebut bertujuan mendedahkan para pelatih khususnya kepada keunikan serta kepelbagaian budaya dan adat resam masyarakat Melanau.

“Ini jelas terpapar melalui pameran di gerai-gerai komuniti serta jualan yang menempatkan seluruh daerah dan daerah kecil di Bahagian Mukah,” ujarnya.

Selain daripada itu, melalui pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta antaranya Pejabat Residen Bahagian Mukah, RECODA, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), Press Metal dan lain-lain lagi, pelbagai maklumat pembangunan bahagian Mukah dapat diperolehi.

Lawatan oleh para pelatih kursus Elektrik dan Pembuat Pakaian Wanita kemasukan April 2014 itu dimulakan dengan senaman ringan di kawasan lapang yang menghadap Laut Cina Selatan di Taman Kala Dana.

“Aktiviti yang dikendalikan oleh para pelatih tersebut merupakan rutin setiap pagi di PPKS Mukah sebelum bermulanya kelas ataupun latihan,” jelas Zainal.

Melalui aktiviti seumpamanya tambah beliau, telah mengeratkan lagi hubungan antara warga kerja dengan para pelatih, lebih-lebih lagi sesama pelatih memandangkan mereka merupakan pelatih baharu bagi kursus Elektrik dan Pembuat Pakaian Wanita kemasukan April 2014.

Pada Pesta Kaul Mukah 2014 ini turut menyaksikan Zainal Abiddin  menyertai upacara Kaul Seraheng Kakan yang bermula dari Kampung Tellian Ulu dan melalui kampung-kampung yang terdapat di sepanjang Sungai Tellian dan Batang Mukah sebelum tiba di ‘Tugek’.

Advertisement