Anda di sini

Pasukan Kastalo menjuarai Piala Datuk Fadillah Yusuf

Advertisement

KUCHING: Pasukan Kastalo dari Kampung Astana Lot muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Pusingan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusup di Padang SPSS di sini, petang kelmarin.

Kastalo berjaya menumpaskan Kaska dari Kampung Siol Kandis pada aksi penentuan kejohanan tersebut diikuti tempat ketiga disandang pasukan Kaspa F1 dari Kampung Semerah Padi Fasa 1.

Manakala pasukan Samajaya dari Kampung Samariang Jaya pula menjuarai Piala Pusingan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali setelah menewaskan Kasba Junior dari Kampung Samariang Batu pada perlawanan akhir yang berlangsung sebelumnya.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Peru Junior dari Kampung Malaysia Jaya diikuti Sungai Midin Junior dari Kampung Sungai Midin di tempat keempat.

Sementara itu, bagi Piala Ketua Pemuda PBB Samariang juara disandang N6 Tupong diikuti N8 Satok naib juara dan N7 Samariang di tempat ketiga.

Sebanyak 38 pasukan dari kawasan Parlimen Petra Jaya dan DUN Samariang menyertai kejohanan dua hari berakhir kelmarin (Ahad).

Pengerusi pengelola yang juga Pengerusi Biro Sukan Pergerakan Pemuda PBB Samariang memberitahu, jumlah penyertaan amat menggalakkan menyebabkan  penganjur bercadang meneruskan kejohanan ini pada masa akan datang.

“Kejohanan ini merupakan agenda besar kita dan untuk itu kita berasa sungguh berbangga dengan penyertaan yang diberikan.

“Kita berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia merupakan wadah terbaik untuk belia sekali gus dapat memupuk perpaduan kalangan masyarakat khususnya para belia,” jelasnya.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Sharifah Hasidah.

Advertisement