Anda di sini

Sarawak hadapi dua misi penting

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun //

Perlu menang untuk terus kekal selamat dalam saingan Liga Super 2014

KUCHING: Menentang Perak dan T-Team merupakan dua perlawanan penting untuk membolehkan Sarawak terus kekal selamat dalam saingan Liga Super musim ini.

Ini ekoran empat perlawanan terakhir menyaksikan Sarawak melalui laluan getir menentang LionsXVII, Pahang, Selangor dan Johor DT.

Sehubungan itu, ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata selepas menentang Perak dan T-Team, anakanak buahnya akan berdepan laluan berliku apabila menentang pasukan-pasukan kuat.

Sarawak akan berdepan Lions XII pada 14 Jun depan di gelanggang lawan dan Pahang d i Stadium Negeri pada 17 Jun.

Kemudiannya menentang pasukan berstatus bintang, Johor DT pada 25 Jun depan.

Alberts berharap anakanak buahnya dapat memperaga persembahan terbaik seperti dirancang ketika berdepan Perak, Jumaat ini di Ipoh dan T-Team pada 10 Jun depan di gelanggang sendiri.

“Saya yakin jika kita menang menentang Perak dan T-Team, peluang kita akan lebih selamat dalam saingan Liga Super.

“Kita tidak boleh mempersiasiakan dua perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Perlawanan menentang Perak bakal menyaksikan Sarawak turun tanpa empat tonggak utama iaitu Fadzley Rahim, Joseph Kalang Tie, Mohd Rashid Aya dan Gabor Gyepes.

Fadzley tidak dapat diturunkan kerana melangsungkan perkahwinan, Joseph dan Rashid digantung perlawanan manakala Gabor masih mengalami kecederaan.

“Ketiadaan empat tonggak ini memang merencatkan persiapan pasukan kita, namun kita mempunyai perancangan lain untuk memastikan kita beroleh kemenangan,” kata Alberts.

Advertisement