Anda di sini

Buaya hantui penduduk Kampung Sageng dijerat

Advertisement

LEGA: Penduduk kampung lega setelah melihat buaya tersebut yang sering menghantui mereka sebelum ini berjaya ditangkap

SIMUNJAN: Buaya betina tua sepanjang 12 kaki yang sering menghantui penduduk Kampung Sageng di sini ter­jerat pada mata kail berumpan bangkai ayam, pagi semalam.

Penduduk kampung, Ismail Tahir, 39, memberitahu buaya seberat kira-kira 100 kilogram itu merupakan buaya terbesar pernah ditangkap di situ.

Menurutnya, buaya yang dipercayai sudah tua berdasar­kan struktur giginya yang juga sudah berkurangan itu kerap muncul di tebing sungai di kampung terbabit sejak dua minggu lepas.

“Sejak itu, kami berpakat untuk menangkap buaya berk­enaan dan pagi tadi (semalam) jam 8 pagi, buaya itu akhirnya berjaya dijerat setelah ter­makan kail berumpankan bangkai ayam yang telah dipas­angkan oleh ‘Mok Aban.’

“Buaya sepanjang 12 kaki itu bagaimanapun mati setelah dinaikkan ke darat kira-kira dua jam selepas itu dan buaya betina itu juga didapati sudah tua kerana gigi hanya tinggal beberapa batang sahaja,” kata Ismail.

Menurutnya, ‘Mok Aban’ yang berusia sekitar 50-an terkenal dengan kemahiran­nya menangkap buaya di kam­pung berkenaan yang terletak kira-kira 150 kilometer dari bandar raya Kuching.

Selain itu, Ismail turut memberitahu belum ada kes serangan buaya berlaku di kampungnya, namun terdapat beberapa kes di hulu sungai yang menyebabkan beberapa penduduk mengalami keced­eraan.

“Di sini belum ada kes, tetapi di hulu sungai (Sageng) ini ada, bagaimanapun belum adalah kematian dilaporkan lagi, dan kita tidak mahu perkara tersebut berlaku.

“Selain itu, sebelum ini terdapat juga penduduk kam­pung yang mengadu kehilan­gan beberapa ekor ayam dan kucing dipercayai dibaham buaya,” kata Ismail.

Advertisement