Anda di sini

Bengkel lama hampir musnah

Advertisement

KELIHATAN bengkel lama GiatMara yang terbakar dalam kejadian di Jalan Sikuati, Kudat.

KUDAT: Sebuah bengkel lama GiatMara hampir musnah dimamah api selepas belukar di kawasan berkenaan terbakar dalam satu insiden di Jalan Sikuati, di sini.

Insiden berlaku kira-kira jam 1 petang itu mengakibatkan bengkel usang terbabit terbakar 60 peratus sementara kawasan belukar seluas 15 hektar hangus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Jasri Ab Jal berkata, sepasukan anggota digegaskan ke lokasi itu bagi memadamkan kebakaran.

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.40 petang dan dua jentera dengan kekuatan 10 anggota dikerahkan bagi operasi memadam api.

“Pihak bomba berjaya mengawal sepenuhnya api daripada merebak pada jam 5.17 petang dan bengkel itu musnah terbakar kira-kira 60 peratus manakala kawasan belukar berkeluasan 15 hektar pula hangus dalam insiden terbabit,” katanya di sini kelmarin.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement