Anda di sini

Jangan pamer notis ‘Serve No Pork’: JHEAINS

Advertisement

TAWAU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) cawangan Tawau meminta pemilik dan pengusaha makanan di daerah itu tidak mempamerkan notis “Serve No Pork” (Tidak Hidang Daging Khinzir) di premis mereka.

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau Abdul Imam Basirun berkata notis sedemikian boleh mengelirukan orang ramai ter-utama umat Islam terhadap status halal makanan yang dihidang.

“Kami juga berharap masyarakat Islam di daerah ini mengambil serius dan berhati-hati serta tidak terpedaya dengan penggunaan perkataan tersebut yang dipamer di tempat-tempat makan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Ops Halal di sini semalam.

Katanya ketika operasi itu JHEAINS Tawau turut meminta beberapa pemilik premis menurunkan notis tersebut dan bakal berdepan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian.

Ada juga premis yang mempamerkan salinan sijil halal yang didakwa pengusaha milik cawangan utama, kata-nya.

“Mempamerkan salinan sijil halal boleh dikategorikan pemalsuan dan mengelirukan orang awam dan jika didapati menipu boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggu- naan 2011, iaitu didenda sehingga RM100,000,” kata-                    nya. — Bernama

Advertisement