Anda di sini

SK Ulu Naman hos Program Komuniti Kebudayaan, Sukan dan Belia 24 Mei

Advertisement

SIBU: Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Naman bakal menjadi tuan rumah penganjuran Program Komuniti Kebudayaan, Sukan dan Belia anjuran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) pada 24 Mei ini.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat dengan pihak sekolah semalam.

Ini kali keenam program itu dianjurkan sejak ia diperkenalkan awal tahun lalu.

Pengerusi penganjur Kaunselor Pasang Ngalambai ketika ditemui memberitahu seperti penganjuran terdahulu, pelbagai program bakal diadakan.

“Selain aktiviti kebudayaan, kita juga akan menganjurkan program hiburan dan juga sukaneka. Pun begitu, semua jenis aktiviti yang dipertanding akan diputuskan sepenuhnya pada mesyuarat kali kedua nanti,” ujar beliau.

Terdahulu, beliau mengetuai rombongan kakitangan MDLBS ke sekolah tersebut untuk mengadakan perbincangan.

Program tersebut merupakan aktiviti tahunan MDLBS sebagai memperkenal serta mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan.

Lebih menarik, program berkenaan turut mendapat penyertaan daripada agensi kerajaan lain seperti PERKESO, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu.

Advertisement