Anda di sini

Guru dakwa wang dipindah ke akaun isteri hilang

Advertisement

SIBU: Seorang guru mendakwa wang yang dipindahkan ke dalam akaun milik isterinya berhilang tanpa sebab.

Pengadu, seorang guru di sebuah sekolah di Belaga memindahkan RM700 daripada gajinya namun isterinya terkejut apabila jumlah wang RM500 yang mahu dikeluarkan gagal.

Apabila menyemak isteri pengadu mendapati baki wang di dalam bank hanya tinggal RM200 sahaja.

Guru tersebut kemudiannya membuat laporan polis selepas mendapati jumlah wang yang dipindahkan ke akaun isterinya berkurangan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita membuat laporan polis selepas komputer riba dan beg pakaiannya yang diletak di atas bangku bot ekspres di sini dilarikan oleh orang yang tidak dikenali.

Kerani sekolah berumur 30 tahun itu berhasrat untuk pulang ke Kapit pagi semalam.

Ketika kejadian mangsa meninggalkan beg pakaian semasa membeli makanan di kawasan berdekatan.

Apabila dia kembali ke situ, dia mendapati beg pakaian sudah hilang di atas bangku terbabit.

Seorang lelaki yang duduk di situ memberitahunya ada seorang lelaki gemuk beredar dari situ dengan sebuah beg dipercayai milik pengadu.

Advertisement