Anda di sini

Mukah tuan rumah silat sekolah Sarawak

Advertisement

MUKAH: Pejabat Pendidikan Daerah Mukah telah diberi mandat menganjurkan Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Pada edisi kali ini, seramai 152 peserta dan 55 pegawai yang mewakili Bahagian Kuching, Samarahan, Sibu, Sri Aman, Kapit dan kontinjen tuan rumah, Mukah yang bermula pada 14 April dan berakhir semalam (17 April).

Menurut Ketua Uni t Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Abit Hong, objektif penganjuran pertandingan ini ialah bagi menguji tahap pencapaian diri pelajar dalam Kokurikulum Seni Bela Diri serta mengenal pasti kemampuan pelajar dalam menghayati seni silat sebagai warisan budaya bangsa.

“Tema pertandingan kali ini ialah ‘Silat Untuk Semua’ yang memberi gambaran bahawa melalui silat boleh mendidik dan membentuk semangat integrasi kaum dan bangsa dalam negara ini.

“Selain itu, ia juga menerapkan nilai-nilai murni melalui falsafah persilatan kepada generasi kini untuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menanam semangat kesukanan yang positif, memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan peserta,” katanya yang juga mewakili Pengarah Pendidikan Sarawak.

Pertandingan tersebut adalah sebagai medan pemilihan peserta yang akan mewakili Sarawak di pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor pada 29 Mei hingga 2 Jun 2014 kelak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yussibnosh Balo.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Mukah Bugin Ragoon, pengetuapengetua, guru besar-guru besar, ketua kontinjen dan para peserta

Advertisement