Anda di sini

Aksi bola sepak, bola tampar sempena Pesta Pantai Belia

Advertisement

MIRI: Persatuan Belia Miri (PBM) akan menganjurkan pertandingan bola sepak pantai, bola tampar pantai dan tarik tali sempena Pesta Pantai Belia 2014 pada 23 hingga 25 Mei depan.

Pengerusi Persatuan Belia Miri, Matasan Rohani memberitahu ketiga-tiga pertandingan itu dijangka menarik sambutan menggalakkan.

Bagi pertandingan bola sepak pantai, ia terbuka kepada pasukan yang berumur 16 tahun ke atas dan terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

Yuran penyertaan sejumlah RM120 dikenakan untuk setiap pasukan dan tarikh pertandingan dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Mei depan.

Matasan menambah, pertandingan bola tampar pantai pula yuran penyertaan dikenakan sejumlah RM50 manakala cabutan giliran akan dijalankan pada 23 Mei depan.

Juara menerima wang tunai RM200, medal dan hamper manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM150 dan RM100 bersama hamper dan medal iringan.

Beliau menambah, bagi memeriahkan Pesta Pantai Belia 2014, pihaknya turut menganjurkan pertandingan tarik tali pada 25 Mei bermula jam 9.30 pagi.

Yuran penyertaan RM50 bagi setiap pasukan dan juara, naib juara dan tempat ketiga bakal menerima RM200, RM150 dan RM100 serta hamper dan medal.

Katanya, orang awam yang berminat menyertai ketiga-tiga pertandingan itu boleh mendapatkan borang penyertaan di Gerai Tepian Sungai Miri.

Setiap borang penyertaan pula boleh diserahkan di khemah urus setia pendaftaran di Tapak Pesta Pantai pada 23 Mei depan, jam 5 petang.

Semua pertandingan berlangsung di Pantai Esplanade Luak.

Untuk sebarang keterangan boleh menghubungi Matassan di talian 011-9884687 atau Mohd Hariri (010-9629178).

Advertisement