Anda di sini

Kenderaan milik sebuah syarikat terbakar

Advertisement

Anggota bomba mengawal kebakaran pada kenderaan itu.

KENINGAU: Sebuah kenderaan milik sebuah syarikat di Jalan CIMB, di pekan ini terbakar kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau Janil Jaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan lapan anggota termasuk pegawai.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.30 petang.

“Kebakaran kenderaan jenis Nissan Patrol itu dipercayai berpunca dari wayar bahagian enjin. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat,” katanya kepada media ketika dihubungi di sini kelmarin.

Sehubungan kejadian itu, Janil menasihatkan masyarakat di daerah ini khusus bagi mereka yang mempunyai kenderaan agar menyimpan alat pemadam api di kereta masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, dengan adanya alat pemadam api sekurang-kurangnya kebakaran pada kenderaan dapat dikawal di peringkat awal dan mengelakkan kebakaran yang lebih serius.

Advertisement